Produk BARU : Sosej Ayam. KLIK SINI!

Produk Sosej Ayam, produk terbaru daripada Ayamadu4u, didatangkan dengan beberapa perisa :
1. Black paper (Lada Hitam)
2.BBQ.
3.Biasa

Harga Pasaran RM3.50/ 10batang.
Read more

Produk BARU : Daging Burger Ayam. KLIK SINI!

Produk Daging Burger Ayam mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
4.Biasa

Produk dijual pada harga RM5.50/10keping dipasaran.
Read more

Produk : Combo Ayam. KLIK SINI!

Produk Combo Ayam (Popcorn,Ayam Rangup,Nugget,Bebola Ayam) mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
4.Kunyit
5.Biasa

Produk dijual pada harga RM10.50/1kg dipasaran.
Read more

Produk : Popcorn Ayam. KLIK SINI!

Produk Popcorn Ayam mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
4.Biasa

Produk dijual pada harga RM10.50/1kg dipasaran.
Read more

Produk : Nugget Ayam. KLIK SINI!

Produk Nugget Ayam mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
5.Biasa

Produk dijual pada harga RM9.50/1kg dipasaran.
Read more

Produk : Bebola Ayam. KLIK SINI!

Produk Bebola Ayam mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Biasa

Produk dijual pada harga RM9.50/1kg dipasaran.
Read more

Produk : Kepak Ayam Rangup. KLIK SINI!

Produk Kepak Ayam Rangup mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
4.Kunyit
5.Biasa

Produk dijual pada harga RM10.50/1kg dipasaran.
Read more

Produk : Ayam Rangup. KLIK SINI!

Produk Ayam Rangup mempunyai beberapa perisa :
1.Blackpaper (Lada Hitam)
2.BBQ
3.Rempah
4.Kunyit
5.Biasa

Produk dijual pada harga RM9.50/1kg dipasaran.
Read more

Ayamadu4U: 4 Langkah Mudah bersama kami: KLIK SINI!


Mudah. Satu perkataan yang dapat kami gambarkan kepada anda sebagai pengguna jika anda memilih dan mempercayai produk keluaran bumiputera. Teruskan menyokong Ayamadu4u. ;)
Read more

LOKASI : Bagaimana untuk ke kilang AYAMADU4U? KLIK SINI!

Bagaimana untuk ke lokasi perniagaan kami? Mudah saja, jika anda mahu ke lokasi perniagaan kami yang hanya mengambil masa 10minit dari Exit Tol Simpang Ampat dengan melalui lebuhraya AMJ. Sila perhatikan papan tanda Alor Gajah,kedudukannya betul-betul di pekan Alor Gajah. Lokasi yang agak strategik,dan mudah untuk dicari bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan kami.

Ramai yang bertanya masalah yang dihadapi apabila membuka kilang pemprosesan di tengah-tengah bandar Alor Gajah. Sebenarnya, kilang AYAMADU4U ini TIDAK sama sekali menternak ayam,syarikat kami hanya membeli ayam segar dari pemborong yang diyakini HALAL, jadi masalah bau,apabila membuka kilang di bandar tidak akan timbul.

Jika mereka yang melalui lebuhraya Exit Ayer Keroh pula, ianya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke sini,melalui lebuhraya AMJ menghala ke Alor Gajah. Jika Papan tanda tidak tertulis Alor Gajah perhatikan Masjid Tanah,dan ambil jalan yang menghala ke Alor Gajah jika ada.

Di atas kami sertakan peta lokasi bagi memudahkan anda. Kami berbesar hati menerima kunjungan anda pada hari Isnin-Ahad. Buat permulaan perniagaan dibuka setiap hari,pegawai yang bertugas secara bergilir-gilir. Jika Anda berkunjung secara berkumpulan,sedikit cenderahati akan diberikan setiap seorang,tetapi haruslah membuat janji temu dahulu kepada pegawai yang bertugas.
Read more

RENCANA : AYAMADU4U ENTERPRISE. KLIK SINI!

             
AYAMADU4U ditubuhkan oleh 5 orang sahabat karib yang telah menamatkan pengajian dari Kolej RISDA Melaka yang diketuai oleh Muhd Saifuddin B. Sapar sebagai ketua operasi, seterusnya ketua bahagian pentadbiran ialah Rawiah Bt. Mohd Rasid, manakala ketua bahagian pemasaran pula adalah Nazurah Bt. Hasim, Nadiah Hanun Bt. Muhammad Nasir pula mengetuai bahagian operasi dan pengeluaran dan akhir sekali, ketua bahagian kewangan ialah Ayu Asmariza Bt. Aris
            Bagi penubuhan syarikat ini, kami membuat pinjaman wang sebanyak RM100,000 melalui AGRO Bank dan wang simpanan rakan kongsi.. Setelah kami berbincang dan dipersetujui oleh kesemua ahli, Ayamadu4U dipilih sebagai nama produk kami kerana simbolik kepada seorang lelaki yang dikelilingi oleh 4 orang gadis. Ianya mula beroperasi 2 bulan yang lepas iaitu pada 26 Julai 2010 setelah diluluskan oleh Pendaftar Perniagaan, dan bagi mendapatkan keyakinan daripada pengguna, kami mendapat kelulusan dari pihak JAKIM.
Kami memilih sejukbeku sebagai pilihan utama untuk memulakan perniagaan kami kerana melihat peredaran zaman sekarang, orang ramai terlalu sibuk dan sehingga tiada masa untuk memasak di rumah dan mereka  lebih senang memilih makanan segera sebagai makanan harian mereka. Misi bagi syarikat kami adalah menjadi usahawan bumiputera yang dapat mengeluarkan produk halal yang berkualiti sehingga menembusi pasaran antarabangsa. Manakala visi bagi syarikat kami iaitu Ayamadu4u agar menjadi makanan segera pilihan ramai. Kami memilih misi dan visi ini adalah kerana mahukan produk kami diterima secara meluas tanpa rasa ragu-ragu, dan menjadi pengeluar sejukbeku yang dipercayai  halal, berkualiti, bermutu, dihasilkan  sendiri oleh bumiputera.
Kami tidak menghasilkan ayam sendiri tetapi mendapatkan sumber daripada pemborong ayam yang dipercayai. Syarikat kami beroperasi di Lot 96, Kawasan Perindustrian, Jalan Hang Tuah, 78000 Alor Gajah, Melaka. Dimana kilang pemprosesan ayam sejukbeku ini juga terletak di dalam lot yang sama berhampiran dengan syarikat tempat kami beroperasi.
Ayamadu4U menghasilkan pelbagai produk yang terdiri daripada nugget, bebola ayam, pop corn ayam, ayam goreng segera, sosej, combo, burger, kepak ayam, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, kami juga mempelbagaikan perasa agar dapat diterima oleh semua peringkat umur, antara perasa-perasa yang kami hasilkan ialah hot&spicy, BBQ, original dan blackpepper.
Terdapat 3 tahap pemasaran yang kami sasarkan iaitu pada tahap pertama, hanya memasarkan di sekitar negeri Melaka,Johor dan Perak disebabkan ahli rakan kongsi datangnya dari negeri tersebut, maka pasaran turut meluas di negeri itu. Pada tahap kedua pula, kami akan mula meluaskan pasaran di seluruh Malaysia. Pada tahap ketiga iaitu kemuncak pemasaran, kami akan memasarkan hasil produk ke luar Negara pula.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan disamping syarikat dapat juga memperolehi pulangan modal berbalik. Untuk meningkatkan peluang pemasaran, kami akan mengadakan promosi di sekitar Pasaraya Besar Jaya Jusco, Giant, Tesco dan tidak lupa juga di sekitar pasar-pasar malam di Melaka.
Terdapat kelebihan dan kelemahan ketika menjalankan perniagaan sejuk beku ini, antara kelebihannya ialah, terdapat banyak permintaan yang diperolehi daripada pasaraya, peniaga-peniaga pasar malam, kedai-kedai makan, suri rumah dan sebagainya. Manakala kelemahan sepanjang menjalankan perniagaan ini pula ialah terdapat kerosakan terhadap produk ketika proses pengangkutan dan ianya boleh mengurangkan keuntungan yang sepatutnya diperolehi. Malah, bukan itu sahaja terdapat juga banyak persaingan produk sejuk beku di pasaran tempatan dan luar negara seperti Ayamas. Produk kami juga mengalami kerosakan kerana didedahkan kepada suhu yang tidak sesuai kerana produk kami perlu sentiasa dalam keadaan suhu yang sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Dengan adanya kelemahan-kelemahan ini, syarikat kami tidak akan berputus asa malah akan mengatasi semua risiko-risiko ini dengan sebaik mungkin.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba AYAMADU4U ini, kami telah menyediakan perkhidmatan tempahan dilaman blog http://www.ayamadu4u.blogspot.com Pelanggan tidak perlu risau akan status halal, kebersihan, dan kualiti produk kami, kerana kami usahawan bumiputera sangat mementingkan kepuasan dan keyakinan daripada pelanggan. Sokonglah produk sejukbeku keluaran tempatan. Akhir sekali pelanggan tidak akan rasa kecewa kerana “SEKALI RASA TERINGAT SENTIASA” dan “KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN,KALAU TAK SEDAP BAGITAHU KAMI”.

Read more

Ayamadu4u:Salam Pembuka Bicara Dari Meja Ketua Operasi Syarikat. KLIK SINI!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
kepada semua pengunjung laman blog syarikat Ayamadu4u.Terima Kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman blog ini. Laman blog ini di wujudkan bagi memudahkan proses pemberitahuan atau hebahan terkini mengenai syarikat kami. Organisasi Syarikat, Pengeluaran mengenai produk terkini, Lokasi jualan produk, dan lain-lain hal mengenai syarikat di masukkan dalam laman blog ini.
Anda dijemput untuk menjadi pengikut syarikat kami.
Read more
 

Ayamadu4u Enterprise Design by Insight © 2009