LOKASI : Bagaimana untuk ke kilang AYAMADU4U? KLIK SINI!

Bagaimana untuk ke lokasi perniagaan kami? Mudah saja, jika anda mahu ke lokasi perniagaan kami yang hanya mengambil masa 10minit dari Exit Tol Simpang Ampat dengan melalui lebuhraya AMJ. Sila perhatikan papan tanda Alor Gajah,kedudukannya betul-betul di pekan Alor Gajah. Lokasi yang agak strategik,dan mudah untuk dicari bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan kami.

Ramai yang bertanya masalah yang dihadapi apabila membuka kilang pemprosesan di tengah-tengah bandar Alor Gajah. Sebenarnya, kilang AYAMADU4U ini TIDAK sama sekali menternak ayam,syarikat kami hanya membeli ayam segar dari pemborong yang diyakini HALAL, jadi masalah bau,apabila membuka kilang di bandar tidak akan timbul.

Jika mereka yang melalui lebuhraya Exit Ayer Keroh pula, ianya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke sini,melalui lebuhraya AMJ menghala ke Alor Gajah. Jika Papan tanda tidak tertulis Alor Gajah perhatikan Masjid Tanah,dan ambil jalan yang menghala ke Alor Gajah jika ada.

Di atas kami sertakan peta lokasi bagi memudahkan anda. Kami berbesar hati menerima kunjungan anda pada hari Isnin-Ahad. Buat permulaan perniagaan dibuka setiap hari,pegawai yang bertugas secara bergilir-gilir. Jika Anda berkunjung secara berkumpulan,sedikit cenderahati akan diberikan setiap seorang,tetapi haruslah membuat janji temu dahulu kepada pegawai yang bertugas.
 

Ayamadu4u Enterprise Design by Insight © 2009